Pages

Monday, 3 November 2014

MUSAFIR KEINSAFAN

Dicelah kecamuk kekalutan
ku susun serpihan ketenangan 
Agar nertunas kembali keimanan
Diranting usang pepohon keinsafan

Ku lontar jauh kelam resah kegundahan
Ku relaikan mehnah dalam gumpalan kekusutan
Ku leburkan tembok sempadan kealpaan
Agar dapat ku ukir hadaf diperjalanan kehidupan

Makin jauh kaki ku berjalan
Bertemankan capal lusuh
Bertampalkan kehinaan
Berbekalkan YAKIN
Berlaukkan keikhlasan
Untuk menuju ke daerah kesempurnaan

Hilanglah fana pada rasa
Hilanglah impian pada nistanya dunia

Biar terasing di ruang keasyikan
Biar tempang pada langkah
Bertongkat kesunyian
Harap pulang dijemput ARRAHMAN
Dipimpin AL-Amin ke teratak persinggahan....

Nukilan rasa si fakir amal dari tinta Usang ^_^

Thursday, 2 October 2014

TIPS DAN DOA DARI ALQURAN

DOA untuk ELAK SUAMI ISTERI@ ANAK-NAK BERGADUH

  SURAH AL BAQARAH ayat 102

      
DOA untuk ANAK-ANAK PANDAI dan RAJIN BELAJAR


SURAH AL-ANBIYAA' ayat 79 

SELAMAT PAGI...(^_____^)

HAIII....

masih terkedek-kedek lagi dalam berblogging ni...ohh..so sad :'(...
hahahaha....biasa la tu budak baru nak belaja (ayat nak sedapkan hati) :p

xsempat nak jengah blog semenjak 2 menjak ni ha...
jangan bersarang dah le...kekeke..
baru je masuk takkan dh bersarang dah ye.
hua...hua..hua..

kita ni tak pandai nak menulis sangat..
ntah hapa2 merapu kekadang tu...
ni pun duk merapu gak ni...wakaka..

sebab tu orang ckp kena banyak membaca..
baru banyak idea...banyak ilmu.. betul tak???
membaca dapat mengasah otak yang tumpul tu pn zeela oiii...

hhmmm...kena cari masa ni..xdan masa le nak membaca..
vah..vah..vah...asyik2 tu je la alasan nye  :p
mana nak kerja..mana nak kemas rumah..mana nak menjahit lagi...
basuh baju..lipat baju..iron baju..sidai baju

waaaaa...mula la berangan nak berhenti kerja...
jaga anak..urus rumah..masak2...waaa...beessssstt nyerrrr....
dapat berblog..santai2...

ntah hapa2 dah pn zeela duk meroyan sengsorang ni....
kekekeke...
apapun..mulakan hari anda dengan membaca alquran..
smg hati lebih tenang dan ceria ....
wokeh..babaiyunnn..
smileee (^______^)

Tuesday, 23 September 2014

Bicara Pada Cinta

Bicara Pada Cinta 

Dengarlah semilir angin
Dengarlah desir gerimis fajar
Rasa dirasuk kecamuk rindu
Rindu dibias gemalai rasa

Bicara pada hati
Hati remuk direngut angan
Mabuk cinta kepayang
Jasad semadi dalam impian

Tenung pada bintang
Tenung pada bulan
Bicara pada malam
Bicara pada kelam

Kasih dipatri relung setia
Setia dibius culasnya fana
Rindu tak bermusim tiba
Mehnah dititip rasa pesona

Bicara pada cinta
Bicara pada hati
Usah sangsi rakus menerjah
Asal sayang utuh FILLAH


Nukilan;
Kembara Persada

MENGINTAI KASIH ILAHI

Ku intai kasih
dicelah ranting masa
berlalu
Untuk ku damba
Untaian syahdu dikalbu

Ku ukirkan lukisan hati
Bersulam resah bertamu
Agar diberi ruang dan peluang
Menuai rasa di relung waktu

Walau tempang langkahku 
Diterjah..
Taufan alpa berlalu
Kusam...
pada indahnya rasa

Dek calar balar kemaruk 
rasa
dan fana nya serakah nista

Pada Yang ESA
Ku bersimpuh mengadu

Merayu...
Merintih...

Kerana ku titipkan harap
Agar kasih MU tak pernah
jauh

TERIMA KASIH ALLAH

(BICARA PERANTAU MUSAFIR PERJUANGAN)

Nukilan rasa;
Tinta usang Abu U'lwan

Sunday, 21 September 2014

Kenangan Mengusik Jiwa





pemandangan dari apartment tingkat4...



banyak kenangan disini..


ha..ha..ha...dua je pun gambarnye...

biarlah gambar yg berbicara..:p

hahahahaha....bicara la sangat...;p

layannnn je la..

bunyi cam x ikhlas je kn..

haip!! kang kena marah kang..layan je..layan je..

Zassssssss



Saturday, 20 September 2014

KEBERKATAN MASA..

ShaRing iS caRing..

masa itu emas..
pernah tak dengar orang cakap "malam terasa panjang bila kita solat Isyak awal"..
mungkin diri kita sendiri pernah rasa macam tu??;)
Hmmm..kenapa ye??pernah tak terfikir kenapa kita rasa macam tu??
Tapi bila difikirkan semula..bukan setakat solat isyak saja..
bahkan setiap waktu solat..kalau kita solat di awal waktu..kita akan rasa masa tu agak panjang...jika kita bandingkan dengan waktu yang kita solat lewat..


(hehehehe....tanya pada tuan empunya sendiri la tu..:p)

Inilah yang dikata KEBERKATAN MASA..
berkat itu bermaksud ziyadah: pertambahan,kekal atau tempoh panjang yang terisi kebaikan.

MACAM MANA TU??
Yaa...masa terasa panjang..dan sentiasa cukup waktu untuk menyiapkan kerja2 kita
atau perkara2 yang tidak sia-sia.
Hmm..biasa tak kita tengok..bila seseorang yang berjawatan besar..tapi banyak kerja2 yang dapat dia siapkan..seperti menulis banyak buku,bersosial.khidmat masyarakat,bermacam-macam program yang menuntut masa yang banyak..tetapi dapat dilaksanakan dengan sempurna...
Subhanallah..begitulah jika kita sentiasa menjaga hak Allah..menjaga apa yang Allah suruh dan tidak leka dengan lambaian dunia yang mengasyikkan.....
Insyaallah..KEBERKATAN itu akan sentiasa mengiringi kita..



JOM..tanamkan AZAM utk sentiasa solat di awal waktu..




semoga bermanfaat buat kita semua...
lebih-lebih lagi diri ini yang selalu alpa..lagi dhaif..
Ampunilah dosaku ya Allah...aminn..






Friday, 19 September 2014

5 CARA UNTUK BERUBAH MENJADI MUSLIMAH SEJATI


SALAM JUMAAT SEMUA...(^___^)







selamat beramal....(^____^)


FESYEN TREND TERKINI

Ramai wanita diluar sana inginkan fesyen yang trendy..
'muslimah gaya trendy..'
begitu jugak ghairahnye pereka2 fesyen men"design"kan busana-busana muslimah..
di era millenium ni...kala fesyen busana Muslimah semakin mendapat tempat..bukan sahaja dikalangan wanita biasa..malahan selebriri2 tanahair juga..rata-rata telah berubah kepada busana muslimah..mengenakan tudung..alhamdulillah..satu perubahan baik..namun...ada segelintir dari muslimah kita seakan menjadi mangsa fesyen..kelihatan belum benar-benar memahami tuntutan sebenar dari kehendak ilahi.sekadar mengikut 'trend' berbanding kesedaran untuk melangsaikan kewajiban.ya..bukan mudah untuk muslimah lalui cabaran yang hebat di zaman ini..cabaran berfesyen...Kerana itu, masih ramai yang bertudung tetapi memakai baju ketat dengan legging atau seluar sendat.


Hmmmm...akibatnye.., kecantikan wanita yang sepatutnya terlindung di sebalik hijab menjadi lebih mempesona dan membangkit ghairah lelaki yang rosak jiwanya...
‘menikmati’ dengan mata ‘luas terbuka’!






JOM TUTUP AURAT DENGAN SEMPURNA...(^_____^)

#peringantan untuk diri ini yg selalu ALPA..
"YA ALLAH..ampunilah dosaku..
Tetapkanlah Imanku..
Berikan Petunjuk  HidayahMu kpdku.
Amin."


MENAGIH JANJI DALAM FIRMAN...

Dalam bertatih mengenal erti kehidupan
Diajari firman dan ditarbiah semulia insan
Merangkak dalam kejahilan
Namun usaha tuntas diimankan

Tiada keluh dan kesah dalam pelaksanaan
Jujur dalam bicara
Tutur dipatri taat dan setia
Tiada Fitnah dan noda

Kasih disulami sayang
Derita diselimuti kesabaran
Tangisan lestari kematangan
Ikhlas utuh demi TUHAN

Kecamuk musibah fitnah terlalu dahsyat
Merenggut kesucian maruah insan
Tanpa terselit untaian kemanisan ihsan
Walau lebur diperbatasan bualan

Firman

Kalam ALLAH yang tiada tandingan
Mulia,Benar dan Indah perkiasan
Tulus ukirannya dalam alunan
Bahagia insan menghayati lenggok tari perjalanan

Kerana Firman

Insan lupa diri
Leburkan maruah
wakafkan kudrat
Lamar akhirat

Hari Ini

Walau direnggut badai mehnah dan tribulasi
Walau dihempap ketulan cerca dan spekulasi

Saat Ini

Tiada berpaling dan merintih
Tiada resah dan kecewa

Kerana

Hati ini sentiasa menagih 
Kemanisan janji dalam firman

TERIMA KASIH ALLAH

"Nukilan rasa si fakir amal Perantau Musafir Perjuangan"
Kembara Persada

cuti-cuti-cuti

WOW....CUTI beb..
bestkan..kan..kan..
bagi pnzeela
hmm.. wanita yang berkerja ni...time ni lah waktu yang dinanti-nantikan....
masa ni lah dapat bersama dgn anak2 lebih sikit...
orang kata "masa berkualiti" untuk bersama anak2...





sejuk mata memandang tengok keindahan perkampungan di air ni...
waa...bila la dapat merasa kenyamanan tempat ni...
hihihi...sebelum dapat merasa pergi tempat ni...
jom..kita jamu mata dulu..(ayat bg sedap hati)hahaha

hmmm..tempat yang sesuai untuk bawa anak2 main air ni.
tunggu ayah dapat cuti panjang ye anak2ku..
ngeh...ngeh..ngeh...
apapun cuti ni..dapat gak bercuti balik kampung
yeayyy(^______^)
ok..layannnn....nice pic kt atas nun

Thursday, 18 September 2014

Permudahkan Segala Urusan



" Rabbi Yassir Wala Tu'assir"

semoga setiap urusan kita akan dipermudahkan

Mohonlah padaNYA.

Jangan kita jadi hamba yang sombong.

Allah SWT sangat suka kepada hambanya yang sentiasa memohon pertolongan dariNYA.

DOA.....BERDOALAH...

mohonlah padaNYA...

Doa adalah senjata hamba yang mukmin.

semoga kita semua menjadi hamba

yang TAAT dengan segala perintah dan SURUHANNYA.
&
semoga kita menjadi hamba yang lebih baik.


Amin...

DOA ANAK SOLEH SOLEHAH

Setiap dari kita semestinye impikan anak yang soleh dan solehah

Jadi haruslah kita 


sentiasa berdoa dalam setiap solat kita 


untuk dapatkan anak yang


SOLEH dan SOLEHAH 





diatas adalah diantara doa yang boleh kita amalkan...

selamat beramal (*_*)


"Ya ALLAH YA TUHANKU,
Kurniakanlah kepadaku
ANAK-ANAK yang Soleh dan SOLEHAH"

Welcome.....

Bismillahirahmanirrahim......

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh....

bila pertama kali nak menulis...terkedek-kedek..:)

apapun..usaha tangga kejayaan...tanpa usaha dimana nak datangnye kejayaan..betul tak???

makanya....sesi menggodek-godek pun bermula....

akhiiirrrrrnyerrr....

terhasillah blog cik zeela ni ha...

vah..vah..vah..( *.......* ) meleret je senyum.....

alamak (^o^)...cik zeela plak...PN hokayyy...ok..pn zeela..ni cubaan yang pertama..


n gud luck to me....ngeh..ngeh..ngeh