Pages

Friday, 19 September 2014

MENAGIH JANJI DALAM FIRMAN...

Dalam bertatih mengenal erti kehidupan
Diajari firman dan ditarbiah semulia insan
Merangkak dalam kejahilan
Namun usaha tuntas diimankan

Tiada keluh dan kesah dalam pelaksanaan
Jujur dalam bicara
Tutur dipatri taat dan setia
Tiada Fitnah dan noda

Kasih disulami sayang
Derita diselimuti kesabaran
Tangisan lestari kematangan
Ikhlas utuh demi TUHAN

Kecamuk musibah fitnah terlalu dahsyat
Merenggut kesucian maruah insan
Tanpa terselit untaian kemanisan ihsan
Walau lebur diperbatasan bualan

Firman

Kalam ALLAH yang tiada tandingan
Mulia,Benar dan Indah perkiasan
Tulus ukirannya dalam alunan
Bahagia insan menghayati lenggok tari perjalanan

Kerana Firman

Insan lupa diri
Leburkan maruah
wakafkan kudrat
Lamar akhirat

Hari Ini

Walau direnggut badai mehnah dan tribulasi
Walau dihempap ketulan cerca dan spekulasi

Saat Ini

Tiada berpaling dan merintih
Tiada resah dan kecewa

Kerana

Hati ini sentiasa menagih 
Kemanisan janji dalam firman

TERIMA KASIH ALLAH

"Nukilan rasa si fakir amal Perantau Musafir Perjuangan"
Kembara Persada

No comments:

Post a Comment